Friday 4 January 2013

Allah Sayang Kepada Dirimu ♥

Assalamualaikum, moshimoshi,...

Renungan, " Di lautan nikmat, Dua makhluk berpisah, Yang satu tenggelam, Yang lain menyelam, Adakah kau tahu apa bezanya? " 

Berkerut dahi juga Cik Azy baca. Mencari apa bezanya , isi tersurat dan tersirat di sebalik renungan ini.

Di lautaan nikmat, kita sering kali tenggelam. Tanpa pelita yang menerangi kegelapan. Tanpa sinaran cahaya yg dapat membuat kita erus menatap keindahan, keunikan, kejaiban, dan pesona hidup. Bahkan, tanpa bantuan alat penafasan, kita tercungap-cungap .

Selaman yang baik memerlukan alat-alat sokongan yg berkualiti tinggi. Apabila menikmati panorama, mata ini perlu terbuka dgn kaca mata terindah yang dipilih oleh Allah dan Rasul-Nya. Melihat lukisan alam membuatkan kita memerlukan pencahayaan sempurna yang dikurniakan oleh-Nya. Kita hanya dapat menikmati segala keindahan kurniaan-Nya serta menikmati kasih sayang-Nya apabila kita berhijrah menuju cahaya kebenaran.

Dia yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat al-Quran yang terang, kerana Dia mahu mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. (Ingatlah) Allah maha belas lagi maha mengasihi kepada kamu.
                                                                                              Surah al-Hadid, ayat  9

Kita perlu tahu, ramai manusia dalam kalangan kita yang mengutuk kudrat, melaknatipenciptaan diri, dan sensitif mendengar perkataan "berbeza". Ternyata kita belum menggunakan peralatan menyelam dengan betul. Hal itu menyebabkan kita sewenang-wenangnya memarahi kegelapan tanpa pelita, tanpa cahay, dan tanpa kitab yang menerangi.

"Wah...", "Indahnya....", "Hei..Lihat!" , "SubhanaAllah", "Masya-Allah", dan "Allahuakbar!" . Perkataan-perkataan itu selalu diucapkan oleh bibir para penyelam yang matanya terbuka, hatinya bercahaya dan akalnya sihat memuji nikmat yang dikurniakan . Kalimat tahmid terlukis di sebalik senyuman terindah yang pernah disaksikan dunia.

Mereka memikirkan mengenai kejadian langit dan bumi sambil berkata, " Wahai Tuhan kami! Tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, maha suci engkaumaka pelihara kami daripada azab neraka. "
Surah Ali Imran, ayat 191.

Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau tidak ciptakan semua ini dengan sia-sia. Tetapi kerana engkau sayang kepadaku.

Copy re-write from book : Biar Bidadari Mencemburui Dirimu.
*80% copy*